Laman Web Pusat Sumber Sekolah

Sekolah Kebangsaan Klang Gate.

Masa Ibarat Emas

Apa Itu PSS

Pusat Sumber Sekolah ( PSS ) merupakan satu tempat atau gedung ilmu dan bahan di mana kita mendapat maklumat yang diperlukan.

Pusat sumber sekolah juga merupakan tempat pengumpulan dan penyebaran maklumat dalam pelbagai bentuk dan diuruskan dengan bersistematik bagi memudahkan pelanggan.

Pusat Sumber Sekolah bukan sahaja memberi Perkhidmatan untuk membolehkan semua pihak mencapai matlamat kurikulumnya malah merupakan satu punca segala pergerakan dan aktiviti ke arah melaksanakan keadah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ke arah mencapai matlamat wawasan negara,

Hala Tuju Pusat Sumber SKKG

Kami,seluruh warga pusat sumber Sekolah Kebangsaan Klang Gate akan sentiasa memastikan dapat memberikan perkhidmatan yang cekap, menyediakan kemudahan yang diperlukan dan kami mengamalkan sikap mesra pelanggan.

Misi

Selaras dengan hasrat mencapai kecemerlangan pusat sumber sekolah akan :

MENJADIKAN PUSAT SUMBER SEBAGAI AGEN PENYEBARAN ILMU DAN MAKLUMAT. MENYEDIAKAN PRASARANA YANG KONDUSIF DAN PERKHIDMATAN MESRA PELANGGAN.MENGGALAKKAN DAN MENGAMALKAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DAN SUMBER MAKLUMAT SECARA OPTIMUM DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.MEMANTAPKAN SISTEM PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN YANG CEKAP DAN BERKESAN.

Visi

Membentuk Budaya Ilmu Ke Arah Kecemerlangan Warga Sekolah Menjelang Tahun 2012

Wajah-wajah PSS SKKG

Apa Itu NILAM

NILAM : Nadi Ilmu Amalan Membaca.

Program NILAM bermula pada tahun 1998 (di peringkat kebangsaan) dan dilaksanakan di Sabah pada tahun 1999. Semua pelajar sama ada sekolah rendah mahupun sekolah menengah diwajibkan mengikuti program ini.NILAM merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan pendekatan menyuburkan tabiat membaca di kalangan pelajar.

Matlamat NILAM

Membina tabiat membaca yang berkekalan di kalangan pelajar.

Objektif NILAM

1. Menjadikan murid suka membaca.

2. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.



Guru Oh Guru

Kerana kita seorang GURU..

kita harus berkorban,

kita diminta bersabar,
kita dikerah keringat untuk mencapai target,
kita diminta menyumbang,
kita dianggap bijak,
kita sentiasa perlu jadi contoh,
kita terus diasak untuk pantas dan kreatif,
Tapi mereka lupa
Bahawa Guru juga insan yang perlu belaian,
punya perasaan, mampu tersenyum di kala suka,
mampu menangis di kala duka
Insan bernama GURU.. tidak pernah meminta dibalas jasa
cukup dengan hanya satu perkataan
Terima Kasih Cikgu merasa diri sangat berharga
Itulah kita GURU SEJATI..
Tiada Pengganti, nama disebut CIKGU sampai bersemadi.

Mendaki Tangga Ilmu

Newer Post Older Post Home

Kalendar Hijrah

Penyelaras PSS

Penyelaras PSS

Biodata

NAMA :HASNI ABD HAMID

IKHTISAS:DIP. PENDIDIKAN
OPSYEN:SAINS/MEDIA/PRA
GRED :DGA 32 (KUP)

PENGALAMAN:13 TAHUN

AJK PSS SKKG 2010

Jawatankuasa Pusat Sumber

Pengerusi :

Pn. Khasanah Binti Ibrahim

Naib Pengerusi :

En. Azman Bin Ahmad

Pn Saadiah Binti Othman

Pn. Khamsiah Binti Mohd Yusuf

Setiausaha :

Pn Hasni Binti Abd Hamid

(Guru Media)

UNIT PERPUSTAKAAN

Pn Norlela Binti Leman

PROJEK NILAM & PERKEMBANGAN STAF

Pn Shariza Zalina Binti Othman

PUSAT AKSES & BILIK TEKNOPEN

Pn. Ros yati Binti Abdullah

BAHAN BANTU BELAJAR

Cik Asfarelawati Binti Mohd Hussin

BAHAN RUJUKAN / BANK SOALAN

Pn. Khadijah Binti Osman

AUTOMASI/DATA

Pn. Hasni Binti Abd Hamid

AKTIVITI/PROJEK

Pn. Fauziah Binti Mohd Nor

Perkongsian Idea


Laman Web Pusat Sumber Sekolah © 2010. Design by :Zakieyatiez2010